BLUR~~
ermmm.....dye sampai lani x on2....miss ___ soo much(mana bole habaq dye laki ka pompuan..hehe)....tajuk yg sebelumnya nih...ade ayt2 sangap sket yg last tuh...bkn sket cm terlebey jaa...hahahah....apa2 pon...aku x tau la nk tulis pa ari ni...tajuk pon blur....ayt msti blur.....uhmmm..ni aku ade trbaca lak artikel lawak nih...korg layan yee~~x yah blur2 cm aku nih....aku hari2 blur...hahahah...x tau nk bwat pa.....jap2...dok tulih smppi lupa nk post lawak tuh...hehe...
cobaan!!!
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing.....uwa....
TELINGA
Syaqi dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Syaqi bertanya satu soalan kepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Syaqi mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Syaqi bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Syaqi berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Syaqi bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Syaqi gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh."Bagaimana awak tau" tanya Syaqi lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". hhahahahahah
SOSEJ DAN LEMBU
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.
Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).
Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:
Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....
Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...
BELUM BOLEH HAMIL LAGI
BELUM BOLEH HAMIL LAGI
Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Jenet cuba bertanyakan soalan pada gurunya,
Jenet : "Cikgu, bolehkah ibu saya hamil?"
Cikgu : "Berapa umur ibu Jenet?"
Jenet : "40 tahun, cikgu.."
Cikgu : "Ya, dia masih boleh hamil, Jenet"
Jenet : "Bolehkah kakak perempuan saya hamil?"
Cikgu : "Berapa umur kakak Jenet?"
Jenet : "19 tahun, cikgu.."
Cikgu : "Ya, sudah tentu. Kakak Jenet juga boleh hamil"
Jenet : "Mmm... bolehkah saya hamil, cikgu?"
Cikgu : "Berapa umurmu, Jenet?"
Jenet : "7 tahun, cikgu"
Cikgu : "Oh, Kamu belum cukup umur. Kamu masih belum boleh hamil lagi"
Tiba-tiba, Rizal yang duduk dibelakang jenet, mencelah sambil berbisik sesuatu pada jenet, "betulkan, apa saya cakap.. tidak ada yang perlu kita khuatirkan!"


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home